LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan (BNT) kelas B pada kedudukan 3 batu nautika tenggara Pulau Katak, dekat sini, sekitar pukul 5.15 petang semalam.
Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, tangkapan berkenaan dilakukan oleh bot Maritim Malaysia ketika rondaan di sekitar Perairan Pulau Sembilan.
"Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot yang dikendalikan oleh tiga kru termasuk tekong warga tempatan dan seorang kru warga Indonesia berumur lingkungan 23 hingga 48 tahun sedang melakukan aktiviti menangkap ikan kurang daripada 5 batu nautika.
"Pemeriksaan lanjut mendapati, kru warga Indonesia itu mempunyai dokumen pengenalan diri yang telah tamat tempoh," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
Mohd Hambali berkata, tekong dan kru berkenaan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dengan melakukan aktiviti menangkap ikan kurang daripada jarak yang dibenarkan dan Akta Imigresen 1959/63.
Ujarnya lagi, kesemua kru, bot serta 80 kilogram ikan campur dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh, Sitiawan di sini bagi proses penahanan, siasatan dan tindakan lanjut.
Sebarang maklumat atau aduan jenayah maritim, orang ramai boleh menyalurkannya kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999.
Aida Aziz
Thu Aug 04 2022
Sebahagian daripada 80 kilogram ikan campur dirampas oleh APMM Perak daripada sebuah bot nelayan tempatan (BNT) kelas B pada kedudukan 3 batu nautika tenggara Pulau Katak, semalam. - Gambar ihsan APMM
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 46 individu selesai diambil keterangan
Seramai 46 individu sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes serangan Balai Polis Ulu Tiram, pada pagi Sabtu.
Raja Permaisuri Agong beri penghormatan terakhir kepada anggota polis terkorban
Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bagi memberi penghormatan terakhir buat dua anggota polis yang terkorban.
4 nelayan Indonesia ditemui hanyut selepas bot karam dilanggar kapal kargo
Menurut Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob, seorang lagi mangsa masih hilang dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada Khamis itu.
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di Kem Pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
Uzbekistan mahu kerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan piawaian halal di negara itu mencapai ke tahap yang sama seperti dilaksanakan oleh JAKIM, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gaza sudah 10 hari tidak terima bekalan perubatan
Tiada bekalan perubatan diterima di Semenanjung Gaza selama 10 hari ketika Israel meneruskan serangan ganas ke atas wilayah terkepung itu.
Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang
Perhilitan Perak berjaya menyelamatkan seekor gajah betina yang jatuh longkang di Batu 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tugu Peringatan JRTB di sini pada Jumaat.
Memerangi fahaman radikal & ancaman baharu pengganas
Untuk perincian berkenaan perkara ini kita bersama Penolong Profesor di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM), Dr Ahmad El Muhammady.
AWANI Ringkas: FBM KLCI dijangka dipacu ke paras rintangan 1,620
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perkhidmatan telekomunikasi Yoodo tamat operasi 29 Ogos ini
Menurut perjanjian gabungan Celcom dan Digi sebelum ini, Celcom harus menutup ataupun menjual perniagaan Yoodo 18 bulan selepas gabungan tersebut dimeterai.
APMM Perak rampas 42 set bubu naga di perairan Lumut
Rampasan dilakukan di kedudukan kira-kira 4.5 batu nautika barat daya Tanjung Kepah, pada jam 1.30 petang.
Tangkap ikan di kawasan larangan, APMM tahan bot tunda kelas B, tiga kru
Tangkapan berkenaan dilakukan oleh bot Maritim Malaysia ketika rondaan di sekitar Perairan Pulau Sembilan.
Tambahan bot pemintas, peronda bantu mantapkan tugas APMM di perairan Perak
Bot pemintas Benteng 1206 diterima APMM Perak bulan lepas manakala bot peronda Perkasa 1223 pada awal tahun ini.